xypex Manjung Power Station

Stesen Kuasa Manjung

Perak

Sebelum Xypex digunakan, usaha-usaha mengkalis air struktur ini gagal. Xypex Concentrate dan Patch'n Plug kemudiannya dipilih dan digunakan untuk memulihkan keretakan yang meluas di dalam konkrit loji ini dan dermaga memunggah arang batunya. Xypex berjaya membaiki keretakan, mengkalis air dan melindungi Stesen ini daripada klorida dan debu arang batu yang berasid.

Lebih daripada 50 tahun yang lalu, mempamerkan sedikit kepintaran yang hebat, sekumpulan ahli kimia di Xypex Chemical Corporation membangunkan sebuah teknologi yang bakal mengubah cara konkrit dilindungi daripada cecair yang bersifat menceroboh.

tech-banner
Asas kepada pembangunan Teknologi Kristalin Xypex ialah pemahaman yang menyeluruh tentang komposisi kimia dan fizikal konkrit. Konkrit bersifat berliang. Kapilarinya yang menyerupai terowong merupakan bahagian jisimnya yang semula jadi, dan membolehkan air dan cecair lain melaluinya. Penyelidik di Xypex mengenal pasti peluang untuk rawatan kimia yang mampu mengisi kapilari ini untuk mengelakkan penembusan air dan cecair yang lain dari mana-mana arah. Dengan kaedah difusi, kimia yang bersifat reaktif dalam produk-produk Xypex menggunakan air sebagai perantara migrasi untuk memasuki dan bergerak ke bawah kapilari konkrit. Proses ini memendak reaksi kimia di antara Xypex, lembapan dan produk sampingan penghidratan simen, lalu membentuk sebuah struktur kristalin yang tidak larut. Struktur yang penting ini mengisi saluran kapilari lalu menjadikan konkrit kalis air.

Hakikat bahawa Teknologi Kristalin Xypex kini dispesifikasi dan digunakan ke atas beribu-ribu projek kalis air yang berkepelbagaian di seluruh dunia merupakan testimoni kepada konsep asal. Teknologi kalis air kristalin merupakan idea yang berkembang kerana ahli-ahli kimia Xypex mempersoalkan apa itu konkrit dan mendapat cara untuk memperbaikinya. Kini, kami meneruskan tradisi ini.
  • Pengenalan kepada Teknologi Crystalline Xypex

    Asas kepada pembangunan Teknologi Crystalline Xypex ialah pemahaman yang menyeluruh tentang sifat kimia dan fizikal konkrit. Konkrit sebenarnya berliang. Kapilari-kapilarinya ibarat terowong, membentuk sebahagian daripada jisimnya, dan membenarkan air dan cecair lain lalu.

    Penyelidik-penyelidik di Xypex nampak peluang untuk membuat rawatan kimia yang dapat mengisi kapilari ini dan menghalang air serta cecair lain daripada menembusi dari mana-mana arah. Struktur tersepadu ini mengisi kawasan berkapilari menjadikan konkrit kalis air.
    2
  • Animasi Teknologi Crystalline Xypex

    Cara Teknologi Crystalline Xypex mengkalis air dan melindungi konkrit terus menawan dan menarik hati penentu dan kontraktor konkrit di seluruh dunia. Melalui pandangan kapilari yang diperbesarkan, animasi menggambarkan cara Xypex menembusi konkrit dan tindak balas mangkin terhasil yang seterusnya menyebabkan pembentukan kristal tidak larut dan struktur konkrit yang kalis air secara kekal walaupun diberikan tekanan hidrostatik yang melampau.
    3
  • Animasi Teknologi Bio-San C500

    Video animasi ini memerihalkan dan memperincikan secara visual bagaimana Xypex Bio-San C500 menangani dan menyelesaikan Kakisan Dicetuskan Oleh Mikrobial (MIC) dalam infrastruktur konkrit berkaitan kumbahan.
    3
  • PENGEDAR

    Alex Voon

    RNC Integral Concrete Technology (M) Sdn. Bhd.
    Tel: 03-51928186
    E-mel
  • Daftar untuk E-Berita
Scroll to top